Home » , , , , , » KENAPA PAS BERSAMA DAP DAN MENENTANG UMNO?

KENAPA PAS BERSAMA DAP DAN MENENTANG UMNO?

KENAPA PAS BERSAMA DAP DAN MENENTANG UMNO? 






KENAPA PAS BERSAMA DAP DAN MENENTANG UMNO? 



Ini betul punya cerita DAP,, sebab tu Pas lebih selesa dengan Dap dan fobia dengan Umno... Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah.DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan
tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan
Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?


9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/ BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/­ BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat

dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi
Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysi
a. 





Yang sebenarnya masih banyak lagi
antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua


SUMBER

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink