Google Top Searches In Malaysia 2011

Google hari ini berkata carian yang paling pantas meningkat melalui google.com.my bagi tahun ini ialah facebook, angry birds dan program realiti TV Maharaja Lawak.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata program Amerika, Next Top Model, X Factor USA dan American Idol 2011 merupakan rancangan TV yang paling banyak dicari tahun ini, manakala iPhone5, iPad2, Samsung Galaxy dan Adroid adalah carian berkaitan teknologi yang paling popular.


Bagi carian mengenai orang, penyanyi dan penggubah lagu Bruno Mars mengungguli senarai yang termasuk bintang muzik antarabangsa Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber, yang wajah masing-masing menduduki tempat teratas dalam senarai carian imej paling popular.

Warga Malaysia yang paling pantas meningkat dalam carian ialah Cikgu Shida, yang mengumpul pengikut yang besar dengan nyanyian bisunya mengikut lagu-lagu sukaramai tempatan dan antarabangsa.


Warga Malaysia lain dalam senarai ialah penulis blog muda Fatin Liyana dan Haniz Zalikha, ahli politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, ulama Ustaz Kazim dan pereka tudung muslimah Hana Tajima.


Destinasi perjalanan antarabangsa terkemuka yang dicari melalui Google.com.my ialah Kowloon/Hong Kong, pulau Su Mei dan Phuket (Thailand), diikuti oleh Bangkok, Maldives dan Disneyland Hong Kong.

Jurucakap Google, Zeffri Yusof, berkata 'Zeitgeist' (perkataan Jerman bagi 'semangat semasa') akhir tahun Google itu -- yang diperoleh melalui kajian carian yang diterima oleh Google setiap tahun -- merupakan pengukur budaya yang mendedahkan segala-galanya yang membuat orang teruja, ingin tahu atau semata-mata mahu mengetahui lebih banyak.

"Dari pemimpin, selebriti, hal ehwal semasa hinggalah kepada budaya popular, sukan dan segala-gala di antaranya, trend carian mendedahkan apa yang secara kolektifnya ada dalam fikiran rakyat Malaysia," kata beliau. - Bernama

Fastest rising searches
1. Facebook
2. Angry Birds
3. Maharaja Lawak
4. iPhone 5
5. Samsung Galaxy
6. iPad2
7. Jawatan kosong
8. Android
9. Tonton
10. Aishiteru

Fastest rising people
1. Bruno Mars
2. Hana Tajima
3. Cikgu Shida
4. Avril Lavigne
5. Anwar Ibrahim
6. Fatin Liyana
7. Justin Bieber
8. Rihanna
9. Ustaz Kazim
10. Hanis Zalikha

Top news stories
1. ipad 2
2. Malaysian grand prix
3. Kennedy space center
4. Kentucky derby
5. Japan nuclear crisis
6. MTV movie awards
7. Michael Jackson funeral
8. Malaysian open
9. Thailand flood
10. Malaysia budget 2012

Top image searches

1. Justin Bieber
2. Background designs
3. Fixie bike
4. Domo Kun
5. Monster energy
6. Supra shoes
7. Jules Verne
8. Smiley face
9. Kartun muslimah
10. Chelsea Olivia

Top ‘what is...’ searches

1. what is bersih
2. what is g6
3. what is ppvrip
4. what is ipad
5. what are words
6. what is jailbreak
7. what is android
8. what is lmao
9. what is hacking
10. what is information

Top TV shows
1. ANTM
2. x factor usa
3. american idol 2011
4. amazing race 18
5. tvb drama 2011
6. nagamma serial
7. supernatural
8. bones season 7
9. Al Jazeera
10. My Princess

Top international travel destinations

1. Kowloon/Hong Kong
2. Su Mei Island, Thailand
3. Phuket Island
4. Bangkok
5. Maldives
6. Disneyland Hong Kong
7. Taipei
8. Paris Disneyland
9. New York
10. Caribbean

Top blogs

1. Blog Serius
2. Beautifunara
3. Papagomo
4. Jejariruncing
5. Honeykoyuki
6. Oh Bulan
7. Kari ngeri
8. Malaymoviesfull
9. My Resipi
10. IniBelogSaya


sumber

AZIZUL HAKIM:
bila pulak la nama Azizul hakim/ Vespa degil Nak tersenarai dalam carian paling porpular..huhu

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink