Sabun E-Chip Timbulkan Kekecohan Di Kerala
CHENNAI – Penduduk Kerala menjadi cemas selepas mendapati sabun mandi mereka ditanam dengan cip elektronik.
Bimbang kalau-kalau chip itu adalah bom atau bertujuan memilemkan mereka dalam keadaan bogel, penduduk Beemapalli di pinggir Thiruvananthapuram, meminta bantuan polis untuk menyelesaikan misteri itu, menurut laporan media tempatan.
Bagaimanapun siasatan polis mendapati ia tidak lebih daripada sabun berasaskan penderia gerakan yang diedarkan oleh firma farmaseutikal asing untuk mengkaji tabiat sanitasi dalam kalangan pengguna.
“Tiada apa yang mencemaskan dan menimbulkan misteri. Ia sama seperti strategi pemasaran lain oleh MNC (syarikat multinasional).
“Cawangan khas polis memutuskan untuk mengumpul dan mengesahkan butirannya daripada agensi penyelidikan itu,” kata Pesuruhjaya Polis bandar raya Manoj Abraham kepada sebuah akhbar tempatan.
Syarikat itu didapati mengagihkan sabun buku yang ditanam cip khas dan penduduk dijanjikan Rs400 (RM27) jika mereka mengembalikan sabun itu selepas beberapa hari.
Menurut polis, penyelidik akan memuat turun data daripada cip itu menggunakan alat pembaca kad untuk mengkaji pola sanitasi.
Firma dari Britain itu membatalkan kajian berkenaan pada Sabtu selepas tersiarnya laporan akhbar berkenaan. – BERNAMA
Penafian
Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com
4 ulasan:
info2 bermanfat thanks yahh
nice info..
ada chips dlm sabun... gempak sih...
apa cer lah agaknya yer...
Strategi pemasaran yg pelik tp menarik!einstein betui diorg nih.cayalah!
Catat Ulasan