Home » , , , » Sembang Pasal: Berebut Untuk mendapatkan kasut NIKE Air Jordan 11 Retro Concord

Sembang Pasal: Berebut Untuk mendapatkan kasut NIKE Air Jordan 11 Retro Concord



California – Kekecohan melanda kedai kasut sukan di seluruh Amerika Syarikat apabila orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkan kasut versi klasik edisi terhad Air Jordan iaitu model NIKE AIR JORDAN 11 Retro Concord , keluaran Nike yang dijual pada harga RM600 sepasang.



Biarpun ainya baru sahaja dibuka untuk jualan,namun kasut berkenaan sudah berada di dalam eBay dengan harga mencecah hampir dua kali ganda.

Pembeli bukan sahaja tidak sabar untuk mendapatkan kasut NIKE AIR JORDAN 11 Retro Concord berkenaan malah mereka juga bergaduh sehingga memaksa polis di Seattle terpaksa menggunakan penyembur mata bagi meleraikan mereka.

Kejadian berlaku ketika lebih 2,000 orang beratur untuk membeli kasut tersebut di sebuah pusat beli-belah sejak awal pagi lagi.



NIKE AIR JORDAN 11 Retro Concord

Salah seorang daripada mereka ditangkap kerana menumbuk seorang anggota polis.

Selain Seatle, kekecohan turut melanda Georgia, California, Michigan, Utara California, Omaha, Indiana dan Nebraska.

Semuanya berebut untuk mendapatkan kasut terbaru keluaran Nike sehingga ada antaranya yang ditangkap kepada memecahkan pintu kedai dan mencuri, malah ada yang melepaskan tembakan kerana tidak sanggup untuk beratur panjang.

Setiap tahun, Nike akan mengeluarkan kasut edisi terhad Air Jordan, selepas mendapat kebenaran bintang bola keranjang Chicago Bulls, Michael Jordan.

Ia pertama kali dikeluarkan pada 1985.

Menurut laman wen Nike, bagi tahun ini, kasut berkenaan yang dikeluarkan dengan warna putih dan hitam itu dijual pada harga RM600 sepasang dan dikeluarkan dalam pelbagai saiz termasuk bayi.

Dalam pada itu, jurucakap Nike gagal dihubungi bagi mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di kedai Nike di seluruh Amerika Syarikat.

Sumber



AZIZULHAKIM= Aku rasa kat malaysia nanti pun akan berebut-rebut juga..huhu..khas untuk peminat Kasut rare,Contoh seperti Aliph dan Nike air jordan ini sendiri..

Klik=Sini

0 ulasan:

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink