Home » , , , , » Lelaki Dirogol Sekumpulan Wanita Zimbabwe Untuk Mendapatkan Sperma

Lelaki Dirogol Sekumpulan Wanita Zimbabwe Untuk Mendapatkan Sperma


Tiga wanita di Zimbabwe dituduh merogol sekurang-kurangnya empat lelaki untuk mendapatkan sperma mereka bagi melakukan upacara tradisional.

Kesemua wanita berkenaan, yang telah didakwa dengan 17 kesalahan serangan lucah, dibicarakan pada 28 Novemeber lepas dalam satu kes yang mengejutkan negara itu.

Pihak polis di Zimbabwe percaya kesemua wanita berkenaan adalah sebahagian daripada satu sindiket seluruh negara yang mungkin menggunakan sperma untuk upacara tradisional yang didakwa boleh membuat seorang bernasib baik dan kaya.

Mereka diberkas di sebuah pekan kira-kira 170 batu di luar bandar raya Harare selepas polis menjumpai 31 kondom terpakai di dalam kereta mereka. Sekurang-kurangnya sembilan lelaki telah tampil dengan cerita serupa diserang.

Salah seorang daripada mangsa yang dikatakan itu menceritakan kisahnya dalam satu rancangan temu bual terkenal negara yang dinamakan Maichiamba. Lelaki berkenaan mengatakan yang dia dirogol selepas menerima pelawaan menaiki kereta mereka.

“Seorang daripada wanita itu menyimbah air ke muka saya dan mereka menyuntik saya dengan sesuatu yang memberikan saya keinginan seks yang amat kuat. Mereka memberhentikan kereta dan memaksa saya melakukan hubungan seks dengan setiap mereka beberapa kali, dengan menggunakan kondom,” katanya.

“Apabila mereka selesai mereka meninggalkan saya dalam belukar dalam keadaan telanjang bogel,”

Lelaki berkenaan berkata, dia kemudian pergi ke hospital untuk rawatan kesan dadah yang diberikan oleh kumpulan wanita itu dan memanggil polis.

Selepas menghadapi ejekan dan cemuhan atas serangan itu, dia memberanikan diri tampil secara terbuka kerana ingin membantu mangsa-mangsa lain.

“Saya perasan yang ke semua lelaki berkenaan yang telah tampil benar-benar trauma sehingga perlu mendapatkan bantuan perubatan dan kaunseling,” Pengarah Nasional Padare Mena Forum Mengenai Jantina, Kelvin Hazangwi memberitahu ABC News.

“Sebahagian daripadanya, pasangan mereka meninggalkan mereka dan mereka tidak boleh kembali kepada keluarga. Rangkaian sosial mereka telah terurai,” tambahnya.

5 ulasan:

cik sakura berkata...

menakutkan..

Unknown berkata...

cik sankura : er..selalu lelaki rogol wanita,sekarang wanita rogol lelaki

Unknown berkata...

hahaha..rasakan~~ hee

Roseputih Zumie berkata...

astaghfirullah.. dunia dunia..

Anis Anisa berkata...

zaman sekrg.. lelaki pon da terancam... astafirullah... mintak2 pekara ini tidak mnjadi ikutan wanita2 di malaysia..

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink