asalamualaikum,ini adalah pembetulan daripada berita yang penulis sebarkan pagi tadi yang bertajuk Bajet 2103: Mahasiswa Juga Layak Menerima Bantuan Rakyat 1 MAlaysia(BR1M)2.0..
untuk lebih ketreangan mengaenai permohonan bantuan rakyat 1 malaysia yang kedua ini jom baca ini
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang
. Lim berkata, isi rumah yang sudah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula. Katanya,
pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0. "Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali," katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan terbabit. - BERNAMA
P/s: Apesal tak dapat pulak,Bajet beratus-ratus juta unutk BR1M 2.0...TApi tak pa lah mahasiswa kan pandai..dapat baucar buku pun jadi lah
0 ulasan:
Catat Ulasan