Home » , » KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH

KoNtEsT KeNaNgAn zAMaN SeKoLaH



perjalanan kehidupan saya disekolah rendah dulu

asalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pengerusi kontest,pengadil kontest yang ariff dan pembaca-pembaca semua,,
hari ini adalah hari yang begitu indah bagi kita kerana tuhan telah pertemukan kita..dalam hari yang indah ini saya akan menceritakan kepada anda mengenai kisah saya di sekolah rendah..
bila kita mula menduduki alam ria persekolahan?
sudah tentu tedika,,,waktu tadika lah yang paling best sekali..
waktu suai kenal
cikgu bertanya

cikgu= "apa nama kamu,saya cakap tak tahu cikgu"
saya= "tak tahu cikgu"
cikgu= "habis abah kamu panggil ape?"
saya= "ibu panggil akim"
cikgu= "nama penuh kamu apa"
saya= "tak tau cikgu"

kalau dikenang memang lawak kenapa laa aku tak tau nama sendiri
sampai ayah aku sendiri pegi bagi nama penuh aku kat cikgu..
tapi SAYA TAK KISAH

habis tadika mulalah zaman buas aku..meningkat darjah satu..
yalah,,kawan dah ada,,mulalah asyik nak bermain ja..
mandi sungai,mancing belut,mancing ikan,,gagau ikan,
rumah saya kawasan bendang kat parit buntar..
pure budak kampung...setakat parit tu memang mainan aku,,huhu
boring-boring tengah-tengah panas pun boleh terjun parit seluk lubang ikan haruan..
SAYA TAK KISAH

jika diceritakan jenis-jenis permainan masa dulu,,budak-budak main ikut musim..
kalau musim lepas potong padi(menuai padi),kami main layang-layang
kalau masa air masuk ke sawah setiap kalio balik dari fardhu ain kami mandi sungai..
ada juga musim main bola,main takraw,,main gasing..
main kereta kontrol.
main yoyo,
main beyblade
main crush gear..

kalau pergi sekolah tu bukan bawak buku..bawak kereta tamiya.beyblade dan sebagainya untuk bermain dengan kawan-kawan

ada sekali tu masa saya darjah dua..
balik dari sekolah naik basikal.,
saya kayuh basikal tiba-tiba pemandangan jadi gelap..rasa macam pitam
tiba-tiba boleh terlanggar tiang elektik yang berdiri terpacak..
sampai sesak nafas dibuatnya...
nasib baik dah tak jauh nak sampai rumah..
sanggup balik jalan kaki sambil tertunduk-tunduk tahan sakit dada sampai kat rumah
bila dah sampai tu mak pulak suruh ambil basikal tu balik....
tapi SAYA TAK KISAH

setiap tahun apabila minggu peperiksaan dah habis mesti ada gap beberapa minggu,,
time tu lah masa yang terbaik untuk bermain,,,
main tepuk kad,
main lawan pemadam,
main jutaria

memang best time tu...
saya rasa cikgu sekolah rendah lebih garang dari cikgu sekolah menengah..betul tak?
kalau buat masalah sikit je memang dah kene rotan,tarik telinga..
AKU TAK KISAH

bab cinta pulak..time sekolah rendah akal tak berapa betul lagi..tapi ada jugak niat nak mengorat..ada budak ni..aku memang suka kat dia dari darjah satu lagi..
bila balik aku suka follow belakang dia..tapi dia buat tak tau je sampai sekarang..
ada jugak budak pompuan lain follow aku naik basikal tapi aku buat tak tau jugak..padahal rumah budak yang follow aku tu dekat jer..sanggup dia pusing jalan jauh..haha..aku wat tak-tau jer sebab semata nak dapatkan yang satu..

kalau di sekolah rendah paling gabra sekali time darjah 6..masa nak ambil upsr..tuisyen memang padat..mengalahkan spm..
masuk kelas pagi..balik kelas petang..memang penat...
ADA AKU KISAH?

kenapa semuanya aku buat tak kisah jer..sebab ni laa pengalaman manis bagi aku..
pengalaman masa kecik-kecik dulu yang sampai aku dapat membesar macam sekarang ni..
sekurang-kurangnya kita kutip pengalaman yang kita ada untuk dijadikan hiburan dan teladan..
ijazah yang terbaik adalah dari pengalaman yang kita lalui dan kita bawa segulung ijazah pengalaman itu untuk disimpan dan dirujuk...
sekian..

oh...lupa ..kena tag dua orang..
inilah nama-nama yang bertuah...
awas anda ditag

1- Syuk
2- mizmillyna

2 ulasan:

cik nurussalwa berkata...

"ijazah yang terbaik adalah dari pengalaman yang kita lalui dan kita bawa segulung ijazah pengalaman itu untuk disimpan dan dirujuk..."
betul3..
1st skali thnx join kontest ni..
n secondly,
sue en3 ni..
:))

kite tggu reslut die cmne k..
thnks sekali lagi.
^_^

azizul berkata...

same-same...thanks juge yer

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink