Home » , , , , » jom tengok NUR KASIH THE MOVIE

jom tengok NUR KASIH THE MOVIE




bersamaan 19 mei 2011...jom lah tengok movie favourite ramai ni...NUR KASIH THE MOVIE..
dari tengah bendang hingga berlakon kat tanah arab siap...

mesti tengok tapi bukan esok nanti la... nak tengok dengan sidia...
tunggu kami berdua ada kelapangan....
haha..aku cuti 4 bulan...


jom baca sinopsisnya dahulu sebelum tengok pagi esok


Mengangkat tema kekeluargaan dalam jalur keislaman mengisahkan Adam lakonan Remy Ishak dan Aidil lakonan Fizz Fairuz sebagai subjek utamanya. Dua jasad dari darah yang sama menyimpang jauh dari segi perwatakan. Aidil, anak muda penuh pegangan agama manakala Adam penuh dengan jiwa memberontak.

Dalam memenuhi wasiat terakhir ayah tercinta, Adam dan Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah dinikahkan dengan penuh meriah tanpa terlihat kesengsaraan yang dilalui Aidil yang dalam diam mencintai Nur Amina sepenuh hati.

Enam tahun berlalu, Aidil, Adam dan Nur berada di persimpangan kemuncak kehidupan mereka. Aidil kehilangan isteri tercinta, Aliya lakonan Ayu Raudhah yang hanya digambarkan pada gaya imbasan menyebabkan dia membesarkan dua anak comelnya Ilyas dan Maryam sendirian.

Adam dan Nur pula walau bahagia, tapi dalam diam bergelut dengan rontaan apabila masih gagal menimang cahaya mata.

Untuk mengisi ruang kosong di hati, mereka menjadi sukarelawan di Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Terbiar. Adam juga punya kesinambungan hitam dari kejadian letupan di Mumbai.

Semua harapan kini bersinar bila Nur disahkan berbadan dua. Namun bencana tidak diundang menimpa dan memisah dua hati ini sekali lagi. Lantas wujud pula konflik lain yang terus menghangatkan lagi plot ceritanya.



10 ulasan:

Liyana Zahim berkata...

grafik movie ni cntik ar kaler die.. Tp tak folow sgt.. Tp teringin gak nk tgk.. Tp tatau bile.. Hikhik..

cik sakura berkata...

menarik juga filem ini..mungkin jalan cerita dikembangkan lagi..masih kekalkan plot yang menarik..dulu selalu jugak tengok drama nur kasih..

Unknown berkata...

saya terpengaruh dengan member,...dulu manjang cerita pasal drama ni kat saya..
saya layankan jer sampai terikut tengok jugak..

bulan lepas dia ada cakap nanti kita tunggu nur kasih the movie pulak...keluar bulan 5..hari ni la kuarnyer

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

keh3...tak mahu tgk citer ni..nak tgk citer lanun..haha

hitammanis berkata...

suka sgt2 kat cerita ni. tahniah utk kabir dan penulis cerita....sediakan tisu sblm gi wayang eh.

Cik Asma BLuppy berkata...

jom p tgk!
best!

Unknown berkata...

cikasmabluppy: jom2

uLan berkata...

plot drama dah best.... apetah lagi filemnya.... :-)

amranaiman berkata...

xsabar tunggu hari raya haha leh x mcm tu huhuuhu :P

syuxer berkata...

citer bersiri ke citer the movies paling best..nanti bro tengok..bagitaula cmner the movies ni ye..best ke tak

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink