Home » » :: SeGmEn ToKoH WaNiTA IsLaM ::

:: SeGmEn ToKoH WaNiTA IsLaM ::


untuk lebih lanjut sila klik banner


asalamualaikum wbt,,,kali ini saya dijemput oleh cik nurussalwauntuk mengiku segmen tokoh wanita islam...

seperti wanita adalah tulang belakang bagi seseorang lelaki,.. pada zaman rasulullah wanita juga berperanan penting untuk menyemarakkan syiar islam...

kali ini saya nak berkongsi dengan anda seorang wanita pertama syahid dijalan Allah swT..anda kenal siapa?
beliau bernama SUMAYYAH BINTI KHAYYATH


Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.,

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.


Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.


Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.


Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Keluarga sumayyah menerima siksaan yang berat. Mereka sekeluarga di bawa dan diheret keluar dari bandar mekah. Selepas diheret di tengah gurun yang panas, mereka di ikat pada batu ataupun kayu. Mereka ditinggalkan di bawah panas matahari dengan harapan mereka dan pedih dengan seksaan di lakukan keatas mereka. Sumayyah, wanita yang sudah tua juga menerima seksaan seperti orang lelaki. Bagi wanita tua, sudah tentu tubuhnya tidak kuat untuk menerima seksaan yang berat. Namun, iman Sumayyah tetap utuh. Dia bersabar atas segala ujian yang diterima. Dia memperhtahankan imannya walaupun diseksa dengan teruk sekali. Sumayyah yang sabar dan teguh iman menyebabkan orang-orang quraisy rasa tercabar dan malu kerana menyeksa wanita itu. Sumayyah dianggap pejuang wanita Islam yang beriman dan ini menambahkan kemarahan orang-orang quraisy di mekah.

Pada suatu hari, Abu Jahal datang berjumpa Sumayyah dengan tujuan memujuk meninggalkan agama yang dicintainya. Tetapi Sumayyah tidak mudah dipujuk dan jawapan yang diberikan kepada Abu Jahal membuatkan Abu Jahal malu dan merasa egonya dicabar. Abu Jahal hilang pertimbangan, lalu mencabut pedangnya dan menikam Sumayyah. Tikaman itu menyebabkan Sumayyah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad. Sumayyah adalah antara orang pertama yang mati syahid bagi menegakkan agama islam. Nabi muhammad yang mendengar kematian Sumayyah berkata kepada Yasir, “Bersabarlah, wahai keluarga Yasir! Sesunguhnya kamu akan dimasukkan kedalam syurga!”

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).


Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

sumber rujukan-halaqah.net

4 ulasan:

Puan Nurussalwa berkata...

Alhamdulillah.. terima kasih sebab join ye :)
suka sgt cerita tentang sumayyah ni..
insyaAllah moga yang membaca juga mendapat oengajaran darinya..

syukran~

Unknown berkata...

sama-sama

Unknown berkata...

nice post...harap ramai lagi yg mempunyai akidah yang terhebat seperti sumayyah

Nazrul Ashraff berkata...

subhanallah . sumayyah wanita yang hebat. tak tahu dapat tahan macam dia if kena seksa macam tu. T_T

Penafian

Segala video, gambar, artikel & fail yang dipostkan ke blog Realiti Insan adalah untuk bacaan umum semata-mata. Admin tidak terniat sama sekali untuk mempengaruhi fikiran pembaca blog ini. Artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini didapati daripada pelbagai sumber seperti website & daripada pelbagai blog. Jika anda adalah pemilik hakcipta atau pemilik sebarang bahan di dalam blog ini, sila hubungi admin untuk di remove atau memberi kredit ke blog tersebut. Untuk artikel atau entri yang ditulis oleh admin anda bebas untuk menyebarkkannya.

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang cerita yang menarik boleh email terus cerita anda ke email kami: azizulhakim4647@gmail.com

busuk

Sertai Kami

Recommend on Google
Dikuasakan oleh Blogger.

Followers

Blog Archive

ping

My Ping in TotalPing.com Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Malaysian Free Auto Backlink Exchange OverShopping Link Exchange Automatic Backlink